Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sekolah baharu Bau
Salah sebuah projek naik taraf sekolah daif di Bau, Sarawak yang sudah siap. Foto, TVS.

Dewan Negara: 708 projek pembangunan semula sekolah daif siap

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Sebanyak 708 projek pembangunan semula sekolah daif berjaya disiapkan di seluruh negara, kata Wong Kah Woh.

Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata, setakat 16 Julai lepas, sebanyak 166 projek lagi sedang dalam fasa pembinaan dan 201 projek dalam fasa prabina.

Dewan Negara: RM50 juta disalurkan kepada Sarawak untuk selenggara sekolah daif tahun ini

“Sehingga 16 Julai 2024, status 1,075 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di seluruh Malaysia adalah 708 siap (65.86 peratus), 166 dalam fasa pembinaan (15.44 peratus) dan 201 dalam fasa prabina (18.69 peratus),” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Pele Peter Tinggom yang meminta kementerian tersebut menyatakan peratusan sekolah-sekolah daif yang telah diperbaiki setakat ini.

Mengulas lanjut, Wong berkata, kesemua projek yang berjumlah 1,075 itu membabitkan kos bernilai RM8.395 bilion bagi tahun 2016 hingga 2024.

Jelas beliau pecahan projek mengikut negeri pula, Sabah merekodkan jumlah kos projek paling besar iaitu RM3.739 bilion.

“Ini diikuti Sarawak dengan kos projek sebanyak RM3.007 bilion dan Perak RM287.53 juta,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak RM261.37 juta disalurkan untuk projek sama di Kelantan.

“Johor pula menerima RM193.08 juta, Terengganu (RM119.67 juta), Selangor (RM115.55 juta) Pahang (RM113.68 juta), Negeri Sembilan (RM108.05 juta) Melaka (RM74.16 juta) Pulau Pinang (RM31.45 juta) ,Wilayah Persekutuan Labuan RM19.64 juta, Kuala Lumpur RM 3.05 juta dan Perlis RM2.90 juta,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan