Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suhu diramalkan melebihi 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, terutamanya di Jiangsu, Zhejiang, dan Shanghai. Foto AFP

China catat bulan Julai paling panas sejak 1961

ByBernama

BEIJING, 1 Ogos: China mengalami bulan paling panas dalam sejarah moden pada bulan Julai, dengan purata suhu bulanan tertinggi sejak negara itu mula mengumpul data komprehensif pada tahun 1961, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) yang memetik pihak berkuasa meteorologi China.

Menurut China Central Television (CCTV), purata suhu di China pada bulan Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.

WAM juga melaporkan bahawa semua wilayah mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa, dengan Wilayah Guizhou dan Yunnan mencatat suhu tertinggi untuk bulan Julai. Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, dan Tibet mencatat suhu kedua tertinggi.

Pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran bahawa gelombang haba dijangka berterusan hingga bulan Ogos, yang memberi kesan terutamanya kepada kawasan tengah dan tenggara negara itu.

Suhu diramalkan melebihi 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, terutamanya di Jiangsu, Zhejiang, dan Shanghai.

Kepanasan melampau ini dikaitkan dengan pengaruh kuat tekanan tinggi subtropika di kawasan berkenaan yang membawa kepada perkembangan dan intensifikasi cuaca panas di Jianghai, Jianghuai, Jiangnan, dan kawasan lain di China. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan