Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota tentera dilaporkan hilang dan tidak hadir bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini selepas bercuti pada akhir Jun lepas. Foto Media Sosial

Anggota tentera hilang, tidak lapor diri selepas bercuti

ByBernama

MELAKA, 1 Ogos: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang dan tidak hadir bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini selepas bercuti pada akhir Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Muhammad Fakhrullah Nazri, 21, dilaporkan keluar dari rumahnya di Tanjung Kling di sini untuk melapor diri di kem berkenaan kira-kira 8.10 malam pada 24 Jun lepas.

Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling pada 20 Julai selepas mangsa gagal dihubungi atau dikesan.

“Mangsa dilaporkan keluar rumah pada 24 Jun dengan menaiki motosikal Yamaha 135LC berwarna hijau bernombor pendaftaran MBR 7230.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai kemeja-T kolar berwarna biru, seluar slack berwarna ‘nude’ serta berkasut sukan dan beliau memiliki rambut pendek berwarna hitam, kulit hitam manis, berbadan kurus dan mempunyai ketinggian lebih 170 sentimeter (cm),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Muhammad Fakhrullah diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SM Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling (06-3511222).

Sementara itu, katanya polis juga sedang mengesan ahli keluarga atau waris seorang lelaki yang telah meninggal dunia dan mayatnya masih berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Christopher berkata mayat lelaki yang lengkap berpakaian tanpa identiti diri itu ditemukan orang awam di kawasan empangan Sungai Malim pada 4.16 petang, 16 Julai lepas.

Beliau berkata lelaki tersebut dianggarkan berusia 40-an dan mempunyai ketinggian 165cm, bersusuk badan sederhana, mempunyai bentuk muka bulat dan berkulit cerah.

“Mayat mangsa ditemukan berpakaian kemeja-T berwarna coklat dan hijau serta seluar pendek kelabu mempunyai tulisan FILA,” katanya.

Beliau berkata ahli keluarga, waris atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga seperti gambaran diberikan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Shukor Mohamed di talian 017-2126716 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (06-2841999). – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan