Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal sempadan negara ketika ini. Foto, Media ATM Sarawak.

Anak Sarawak perlu ketuai Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di wilayah itu

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang akan turut ditubuhkan di Sarawak perlu diketuai oleh warganya untuk memastikan keberkesanan operasi.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata, beliau menyokong sepenuhnya penubuhan berkenaan susulan pembuburan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSES) pada 2021.

Ahmad berkata, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan seluruh warga kementerian itu kerana dapat merealisasikan penubuhan agensi tunggal sempadan demi memastikan kedaulatan negara terus terjaga.

“Seperti juga negara-negara lain, kita juga tidak terkecuali untuk merombak semula pengawasan, prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan kawalan di sempadan negara.

“(Berkenaan) pengoperasian MCBA di Sarawak, saya amat mengalu-alukan cadangan kementerian menubuhkan MCBA Wilayah Sarawak (namun perlu) diketuai oleh anak Sarawak malah keanggotaannya juga perlu diberi kepada anak-anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang dibacakan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu Ahmad menambah amalan kawalan sempadan yang dilaksanakan oleh negara maju perlu dicontohi Malaysia.

“Mengambil contoh di Amerika Syarikat, Customs and Border Protection (CBP) diwujudkan melalui penstrukturan semula agensi sempadan mereka pada 2003.

“Di United Kingdom pula, UK Border Agency (ditukar) kepada Border Force manakala jiran kita Singapura mempunyai ICA (Immigration and Checkpoints Authority).

“(Oleh itu) saya syorkan supaya kita juga boleh menggunakan model sama kerana kita mesti belajar dan mengenal pasti apa kelemahan sebelum ini (menerusi) AKSEM,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan