Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf Abd Wahab dan tetamu jemputan mengabadikan kenangan bersama semua peserta pada Majlis Penangguhan Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Mukah di Masjid Darul Ibadah, Kampung Rajang, Tanjung Manis, malam tadi. Foto TVS

Rancang aktiviti awal, mudah salur bantuan

TANJUNG MANIS, 31 Julai : Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menggesa agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merancang aktiviti lebih awal bagi memudahkan beliau menyalurkan bantuan melalui pusat khidmatnya.

Menurutnya, pemohonan awal bagi tujuan itu membantu memudahkan pusat khidmatnya membuat anggaran awal sebelum program dilaksanakan.

Malah ujarnya, walaupun bantuan disalurkan terhad namun, ia membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan semua aktiviti kemasyarakatan berjalan lancar dan sempurna.

“Saya mahu Pejabat Daerah, jabatan-jabatan kerajaaan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) supaya merancang awal aktiviti mereka sepanjang tahun dan kemukakan pusat khidmat untuk membantu kami membuat anggaran peruntukan yang bakal disalurkan.

“Perlu juga diingatkan bahawa peruntukan terhad justeru, saya memohon supaya apa-apa sahaja peruntukan yang disalurkan, perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif utama iaitu manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Mukah, di Masjid Darul Ibadah, Kampung Rajang, malam tadi.

Sehubungan itu, Yusuf menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Mukah yang berjaya menganjurkan majlis berkenaan.

Kejayaan itu katanya, menunjukkan kerja sama yang baik antara agensi kerajaan, ketua-ketua masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pengurusan masjid khususnya Kampung Rajang.

“Kerjasama semua peringkat seperti inilah yang kami wakil rakyat di Tanjung Manis amat harapkan, tersemai di setiap individu dan masyarakat supaya apa-apa jua aktiviti dan inisiatif dari kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan manfaatnya terus kepada masyarakat di Daerah Tanjung Manis,” tambahnya.

Tilawah menyaksikan penyertaan seramai lapan peserta masing-masing dari Dalat, Mukah, Matu dan Daro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan