Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pemimpin Hamas dan ketua biro politik Ismail Haniyeh,terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, Foto AFP

Presiden Palestin, PLO kutuk pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

ByBernama

RAMALLAH, 31 Julai: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas dan ketua biro politik Ismail Haniyeh, menyifatkannya sebagai tindakan pengecut dan perkembangan yang berbahaya.

Presiden menyeru rakyat Palestin agar bersatu, bersabar dan tabah dalam menghadapi pendudukan Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sementara itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Hussein al-Sheikh juga mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.

“Kami mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ketua Biro Politik, pemimpin negara, Ismail Haniyeh,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

“Kami menganggapnya sebagai tindakan pengecut, yang mendorong kami untuk kekal lebih teguh dalam menghadapi pendudukan dan menekankan keperluan untuk mencapai perpaduan pasukan dan puak-puak Palestin.”

Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa ketua biro politiknya terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, menurut laporan media antarabangsa.

Televisyen kerajaan Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Tiada pengumuman segera dibuat oleh Israel mengenai insiden itu.

Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian pada Selasa (30 Julai).

Dalam nada yang sama, Setiausaha Agung Parti Gerakan Inisiatif Nasional Palestin (PNI) Mustafa Barghouti dalam kenyataan di Facebook berkata pihaknya mengutuk perbuatan tentera Zionis terhadap jenayah kejam ini.

“Jenayah kejam ini hanya akan meningkatkan keazaman rakyat Palestin dan penentangan berani mereka untuk meneruskan perjuangan dan memperjuangkan kebebasan, maruah dan hak untuk menentukan nasib mereka sendiri,” katanya.

“Hari ini rakyat Palestin kehilangan seorang pemimpin Mujahidin yang gagah perkasa yang terkenal dengan sifat patriotisme, integriti, kejujuran dan keprihatinan yang tulus terhadap perpaduan nasional serta melindungi kepentingan rakyat Palestin”, tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan