Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan sepasang kekasih mencuri motosikal di daerah Parit Buntar akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis.

Polis selamatkan tiga pembantu rumah tidak dibayar gaji

ByBernama

KUALA LUMPUR 31 Julai: Polis menyelamatkan tiga pembantu rumah asing yang disyaki tidak dibayar gaji sejak enam bulan lepas dan menahan seorang majikan wanita dalam Op Pintas di Bandar Rimbayu di Kuala Langat, semalam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata operasi itu dilakukan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Dua pembantu rumah warga Indonesia dan seorang rakyat Nepal yang berusia dalam lingkungan umur 30 hingga 44 tahun itu diselamatkan di sebuah kediaman dua tingkat pada 11 malam.

“Polis turut menahan seorang wanita tempatan berusia 62 tahun yang juga majikan mangsa serta seorang wanita Indonesia berusia 37 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dipercayai bekerja di rumah itu tanpa bayaran sementara menunggu mendapat pekerjaan di tempat lain.

Siasatan awal mendapati suspek yang disyaki ejen pembantu rumah tidak berdaftar dan menjanjikan mangsa dengan gaji RM1,200 sebulan.

Beliau berkata suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bagi siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan