Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro, Safiee Ahmad mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk Pesta Daro di Daro, pada Selasa. Foto UKAS

Pesta Daro 2024 lebih hebat janjikan 25 acara menarik

DARO, 31 Julai: Pesta Daro 2024 yang berlangsung selama tujuh hari, bermula 25 Ogos hingga 1 September depan menjanjikan pelbagai program menarik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro, Safiee Ahmad, berkata, pesta kali ini terbahagi kepada beberapa kategori yang keseluruhannya meliputi 25 acara dengan melibatkan penyertaan pelbagai peringkat masyarakat.

Antaranya termasuklah pameran gerai komuniti, pasar tani, pelancongan dan pendidikan, pembangunan usahawan, sukan dan riadah, pembangunan ekonomi, pentas rakyat, agensi bersama rakyat, pemimpin bersama rakyat dan lain–lain lagi.

“Pesta Daro adalah satu acara yang unik, kerana kita bukan memfokuskan pesta semata-mata tetapi menambah pengisiannya dengan pelbagai program sekali gus menjadikannya sebagai acara tumpuan pada setiap kali penganjurannya.

“Berdasarkan persiapan yang telahpun diusahakan oleh semua jawatankuasa, saya berkeyakinan pada tahun ini pesta kali ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih hebat,” katanya ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pesta itu, di Daro pada Selasa.

Sejak penganjurannya, Pesta Daro sering mendapat sambutan hangat dan disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak, sebagai satu acara pelancongan tahunan di negeri ini.

Kata Safiee, pesta kali ini turut menyediakan peluang ekonomi melalui pembukaan gerai jualan untuk peniaga mempromosi dan menjual produk masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mempelawa kehadiran orang ramai untuk memeriahkan lagi temasya ini nanti. Sambil menikmati program menarik dan menghiburkan, mereka juga boleh membeli belah.

“Inilah peluang terbaik kepada masyarakat kita khususnya daripada sudut aspek sosio dan ekonomi kerana berdasarkan pengalaman kita yang lepas, ia menjana pendapatan yang agak banyak.

“Kalau tidak silap saya, pada suatu ketika hasil jualan pesta ini, pernah mencecah lebih RM1 juta dan secara tidak langsung satu peluang keemasan khususnya untuk peniaga kecil daerah ini, ” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan