Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Srettha, seorang taikun hartanah yang menceburi bidang politik, adalah satu-satunya anak lelaki Chodchoy. Bapanya, Amnuay Thavisin meninggal dunia ketika Srettha berusia tiga tahun. Foto: AFP

Pengebumian mendiang ibu PM Thailand : Upacara mandi tajaan diraja

ByBernama

BANGKOK, 31 Julai: Upacara pengebumian mendiang ibu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin, Chodchoy Thavisin, bermula pada Selasa (30 Julai), dengan Raja Maha Vajiralongkorn berkenan mengurniakan upacara mandi tajaan diraja.

Menurut laporan media tempatan (The Nation), Chodchoy meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 21 Julai.

Media tempatan melaporkan bahawa disebabkan jadual padat sempena sambutan ulang tahun ke-72 Raja pada 28 Julai, Srettha terpaksa menangguhkan upacara pengebumian ibunya ke 30 Julai.

Pengebumian Chodchoy diadakan di Wat Debsirindrawas Ratchaworawihan di daerah Pom Prap Sattru Phai, Bangkok dan akan berlanjutan hingga 5 Ogos.

“Raja telah mengarahkan timbalan ketua pengarah Jabatan Setiausaha Sulit Raja, Chittrapat Krairiksh, untuk menghantar air mandi dan bunga pada Selasa,” lapor media tempatan pada Rabu.

Laporan itu menyatakan upacara mandi tajaan diraja diadakan pada 5 petang, Selasa selepas upacara pertama oleh saudara-mara, menteri Kabinet dan ahli politik utama yang diadakan pada 4 petang sementara doa diadakan pada 6.30 petang.

Antara ahli Kabinet yang menghadiri pengebumian termasuk Menteri Perdagangan Phumtham Wechayachai, Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul, Menteri Pertanian Thamanat Prompow, Menteri Pengangkutan Suriya Juangroongruangkit, Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Varawut Silpa-archa, Menteri Kehakiman Tawee Sodsong serta Menteri Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Supamas Isarabhakdi.

Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, pemimpin Parti Pheu Thai Paetongtarn Shinawatra, ketua polis negara Jeneral Polis Torsak Sukvimol dan ketua Tentera Laut Laksamana Adung Phan-iam juga menghadiri pengebumian pada Selasa.

Srettha, seorang taikun hartanah yang menceburi bidang politik, adalah satu-satunya anak lelaki Chodchoy. Bapanya, Amnuay Thavisin meninggal dunia ketika Srettha berusia tiga tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan