Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zii Jia pemain berkedudukan ketujuh dunia, memulakan kempen Olimpiknya dengan kemenangan ke atas pemain ke-70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka pada Ahad. Foto Olympic Council of Malaysia (FB)

Paris 2024: Zii Jia lengkapkan sesi pemanas badan, layak ke pusingan kalah mati

ByBernama

PARIS, 31 Julai: Pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia seperti diramalkan, dengan mudah melepasi peringkat kumpulan Olimpik Paris 2024 untuk layak ke pusingan kalah mati, di Porte de La Chapelle Arena, hari ini.

Juara All England 2021 itu menewaskan pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, 21-10, 21-13 dalam masa 34-minit, dalam perlawanan Kumpulan G untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Sepanjang permainan Zii Jia tidak berhadapan banyak masalah daripada pemain berusia 39 tahun dari Sepanyol itu, yang menyertai Sukan Olimpik buat kali kelima sejak edisi Beijing 2008.

Zii Jia pemain berkedudukan ketujuh dunia, memulakan kempen Olimpiknya dengan kemenangan ke atas pemain ke-70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka pada Ahad.

Bagaimanapun cabaran Zii Jia bermula pada pusingan 16, apabila dijangka akan berhadapan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, jika tidak berlaku kejutan pada perlawanan Kumpulan H, selepas ini.

Pada penampilan pertama Zii Jia di Olimpik Tokyo 2020, beliau tewas kepada pemain China Chen Long pada pusingan 16. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan