Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kawasan penemuan mayat lelaki warga asing di ladang kelapa sawit persendirian, Sepupok, Niah, Miri kelmarin.

Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan kesan tembakan di ladang sawit

MIRI, 31 Julai: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan mati dengan kesan tembakan pada anggota badan di kawasan ladang sawit persendirian, Sepupok, Niah pada kira-kira 8 malam, Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mayat tersebut didapati mempunyai kesan tembakan di dahi, leher, mata dan perut.

“Polis masih mengesan suspek serta saksi kejadian dan mendapatkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menular isu-isu yang belum disemak kesahihan di media sosial yang boleh menimbulkan kerisauan dan kegusaran di kalangan masyarakat tempatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, sila tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan