Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Makanan Terbesar Kuching 2024. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kuching Food Festival simbolik Kuching diktiraf Bandaraya – Dr Sim

ByJeeridyne

KUCHING, 31 Julai: Pesta makanan terbesar di Kuching, Kuching Food Festival merupakan simbolik kepada sambutan Kuching diiktiraf sebagai Bandaraya, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Justeru itu, menurut beliau pesta berkenaan mencerminkan Sarawak bakal bergelar sebuah negeri yang makmur dan maju menjelang tahun 2030 selari dengan visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Bandar raya Kuching akan menjadi sebuah bandar yang makmur dan inklusif, tidak kira di mana anda berada, dan juga kelestarian alam sekitar di mana Sarawak hampir mencapai tahap sifar bersih,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Makanan Kuching 2024 pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Sim meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Sarawak yang kini berada di hadapan melopori industri sifar bersih dari segi pengeluaran hidogen, tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui lain.

“Perbuahan iklim berlaku di seluruh dunia di mana keadaan cuaca yang terlampau panas akan menyebabkan kematian dan Sarawak menyalurkan penyelesaian untuk menyelamatkan dunia,” ujarnya.

Selain itu, Dr Sim menyifatkan pembangunan pesat Bandaraya ini dapat disaksikan dalam beberapa tahun mendatang di bawah pimpinan Abang Johari.

“Kita akan bangunkan lapangan terbang baharu, mempunyai pelabuhan laut dalam, kemudahan pintar dan sebagainya.

“Orang Sarawak tidak lagi meninggal di “Jungle of Borneo” tetapi kediaman yang bertaraf antarabangsa,” tegas beliau.

Namun demikian, pembangunan Kuching bukan usaha pemimpin semata-mata ujar beliau kerana ia turut dijayakan dengan ‘jiwa’ iaitu keharmonian rakyat yang ada di Bandaraya ini.

“Ia seperti Pesta Kuching di mana semua rakyat tidak kira kaum dan bangsa berkumpul di tempat yang sama, menikmati makanan yang enak, kongsi kegembiraan dan ketawa yang sama,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada wakil dari bandar persahabatan iaitu dari Guro, South Korea; Zhenjiang, Quanzhou, Dong Cheng, Taian, Chongzhou, China dan Asuke, Japan yang mengambil bahagian dalam pesta berkenaan tahun ini.

“Persahabatn ini bukan sahaja mengukuhkan bandar sendiri termasuk budaya, pendidikan, perniagaan dan sebagainya, tetapi juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain.” – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan