Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan rombongan mengadakan pertemuan bersama pihak LOTTE Energy Materials di Seoul, Korea.

KH Shinhwa SnC dari Korea mahu terokai sektor keselamatan elektrik di Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SEOUL, 31 Julai: Syarikat solar mikrogrid hibrid dari Korea, KH Shinhwa SnC berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Bhd (SEB) meningkatkan sektor keselamatan elektrik di wilayah ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perkara berkenaan telah disuarakan oleh wakil syarikat itu, Shane Kang semasa beliau mengetuai delegasi Sarawak dalam pertemuan dengan KH Shinhwa SnC di sini, pada Selasa.

Menurutnya KH Shinhwa SnC juga menyatakan minat mereka untuk meneroka peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan dengan SEB dalam projek peningkatan keselamatan elektrik, termasuk pelaburan dalam teknologi dan penyelesaian baharu  untuk penjanaan kuasa.

“KH Shinhwa kini bekerjasama dengan SEB dalam projek penyelesaian hibrid mikrogrid solar yang bernilai USD7 juta.

“Hasil projek ini dijangka menyediakan penyelesaian tenaga mampan alternatif dan menetapkan penanda aras baru dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui,” kata beliau menerusi kenyataan semalam.

Syarikat berkenaan sebelum ini pernah memeterai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sebagai rakan kerjasama Sarawak Energy Bhd (SEB) mengusahakan projek mikrogrid di Kampung Semadang, di Padawan, Sarawak.


Delegasi Sarawak ke Seoul turut disertai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat, Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Dato Sri Mohd Naroden Majais serta pegawai kanan kerajaan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan