Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua pegawai agensi penguat kuasa masing-masing enam dan tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13. Foto fail Bernama

Kes rasuah IMM13: Dua pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman

ByBernama

SANDAKAN, 31 Julai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua pegawai agensi penguat kuasa masing-masing enam dan tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13.

Perintah reman terhadap suspek berusia 50-an hingga 6 Ogos ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Faezah Jafry di sini manakala penahanan suspek berumur 30-an hingga 7 Ogos dikeluarkan oleh Majistret Don Stiwin Malanjum di Tawau.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki ditahan antara 5.30 petang hingga 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan masing-masing di Pejabat SPRM Sandakan dan Tawau.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2022 membabitkan nilai rasuah RM20,000 dan tangkapan dibuat susulan penahanan dua beranak di sini berkaitan kes sama pada Jumaat lepas.

Kedua-dua pegawai agensi penguat kuasa itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina yang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan