Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada 22 Julai lalu, Abang Johari menjadi tetamu dalam audio siar 'Keluar Sekejap' sempena Hari Sarawak bagi membincangkan mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia serta perkembangan terkini tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).. Foto: Keluar Sekejap (FB)

Kepimpinan Abang Johari jelas majukan Sarawak – Keluar Sekejap

KUCHING, 31 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan satu-satunya pemimpin di Malaysia yang memiliki visi dan misi jelas dalam kepimpinannya terutama dalam memajukan Sarawak, kata Khairy Jamaluddin.

Pendapat berkenaan dinyatakan Bekas Menteri Kesihatan itu dalam ‘Keluar Sekejap’ bersama rakan audio siarnya, Shahril Hamdan baru-baru ini selain turut memuji kebijaksanaan Abang Johari menjawab kesemua persoalan yang dilontarkan.

“Abang Johari bukanlah seorang yang mentah dalam politik dan ia jelas bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman yang luas.

“Saya fikir yang seronoknya juga ialah betapa mendalamnya pengetahuan beliau berkenaan dengan pertaruhan besar beliau dalam soal ekonomi hidrogen dan sebagainya,” celah Shahril yang juga mantan Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Tambah Shahril, meskipun Sarawak menerima pelbagai kritikan daripada pihak tertentu berhubung hasratnya meneroka industri berkenaan, Abang Johari dilihat terus komited dan cekal untuk memperkasakan industri hidrogen di wilayah ini.

Apa yang menarik, beliau turut berkata amat jarang sekali pemimpin-pemimpin di Malaysia mempunyai perancangan serta pelan yang jelas dalam memajukan negeri masing-masing seperti apa yang dilakukan Abang Johari.

Malahan, Khairy dan Shahril juga kelihatan terkesima mendengar penjelasan Abang Johari berkaitan kenapa Sarawak mempelopori industri hidrogen sekali gus mengeksport tenaga hidrogen ke Jepun dan Korea Selatan dan menggunakan pendapatan tersebut untuk membangunkan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar seperti projek jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air yang bersih.

“Bagaimana A membawa kepada B membawa kepada C. Sama ada benda itu tepat atau tidak sekurang-kurangnya visi itu jelas. Ramai pemimpin yang nak cakap A ke B ke C pun tidak ada. Jadi benda ini sangat-sangat baiklah daripada kepimpinan Sarawak,” jelas Shahril.

Berhubung aspirasi Kerajaan Sarawak dalam mengembalikan haknya seperti bidang pendidikan serta usahanya memperkukuhkan kedudukan Petrolium Sarawak Berhad (PETROS) untuk menjadi agregator gas tunggal di wilayah ini, kedua-dua mereka (khairy dan Shahril) berkata sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan untuk menolak tepi permainan politik berikutan berdasarkan perundangan, Sarawak mempunyai hak-hak yang termaktub dalam perundangan negara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Khairy berkata Abang Johari berpandukan kepada lima undang-undang dalam penjagaan hak dan kepentingan Sarawak dalam penerokaan minyak dan gas di wilayah ini seperti Undang-Undang Tanah Sarawak, Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958, Ordinan Pengagihan Gas, Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Terdahulu, pada 22 Julai, Abang Johari menjadi tetamu dalam audio siar ‘Keluar Sekejap’ sempena Hari Sarawak bagi membincangkan mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia serta perkembangan terkini tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Episod ke-115 itu juga turut menyentuh mengenai misi dan visi serta hala tuju pembangunan Sarawak selain turut melihat masa hadapan politik Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan