Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar Negeri Iran pada Rabu mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, ketua kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan. Foto AFP

Iran sahkan pembunuhan Haniyeh, siasatan sedang dijalankan

ByBernama

ANKARA, 31 Julai: Kementerian Luar Negeri Iran pada Rabu mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, ketua kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Nasser Kanani mengucapkan takziah atas kesyahidan Ismail Haniyeh kepada bangsa Palestin yang berbangga.

Beliau menegaskan bahawa “siasatan ke atas butiran insiden itu oleh institusi berkaitan Republik Islam Iran sedang dijalankan.”

“Kesyahidan saudara Ismail Haniyeh di Tehran akan mengukuhkan ikatan yang mendalam dan tidak terputus antara Republik Islam Iran dan Palestin serta Pergerakan Penentangan yang dikasihi,” kata Kanani.

Sementara itu, parlimen Iran mengumumkan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat luar biasa berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Agensi Berita Mehr Iran, jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara parlimen, Ebrahim Rezaei berkata parlimen “akan mengadakan mesyuarat mengenai insiden ini dengan kehadiran semua institusi berkaitan dan hasilnya akan didedahkan kepada umum.”

Kumpulan Hamas sebelum ini mengesahkan kematian Haniyeh dalam “pembunuhan khianat” di Tehran.

Israel belum membuat sebarang pengumuman mengenai pembunuhan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan