Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam satu serangan di Tehran, Iran. Foto fail AFP

Gencatan senjata terbantut susulan kematian Ismail Haniyeh

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 Julai: Kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran, Iran akan menghalang segala proses perdamaian antara Palestin dan Israel, kata Geostrategis Profesor Dr Azmi Hassan.

Menurutnya, Iran sudah pasti akan mengambil tindakan jika dalang sebenar insiden itu adalah Israel.

“Ini bagi menjaga maruah Iran susulan pemimpin Hamas dibunuh di dalam wilayah Iran,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Dalam pada itu Azmi percaya pemergiaan Ismail Haniyeh akan diganti dengan seorang pemimpin yang lebih radikal.

“Belum nampak lagi siapa yang akan menggantikan Ismail Haniyeh, tapi hakikatnya Ismail Haniyeh seorang yang lebih ‘moderate’, lebih praktikal dan ketiadaan beliau pasti akan diganti oleh pemimpin yang lebih radikal,” ujarnya lagi.

Menurutnya, pembunuhan yang melibatkan pemimpin Hamas itu juga adalah rancangan atau taktik Israel untuk mengganggu-gugat mesyuarat gencatan senjata.

“Kerana dikatakan Ismail Haniyeh itu lebih mudah dibawa berbincang berbanding pemimpin yang lain,” katanya.

Ismail Haniyeh terbunuh dalam satu serangan di ibu kota Iran, Tehran bersama seorang pengawal peribadinya, menurut Pengawal Revolusi Iran pada Rabu.

Menurut satu kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi Iran pada Rabu, Ismail berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baru dipilih.

Kor Pengawal Revolusi Iran berkata tempat tinggal Ismail telah diserang dan beliau disahkan maut bersama seorang pengawal keselamatannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan