Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa berkata Semenanjung Gaza telah menjadi "kem penghapusan terbesar dunia," sambil menambah bahawa Israel telah melakukan kekejaman yang akan "mengatasi Hitler." Foto AFP

Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ – Presiden Turkiye

ByBernama

ISTANBUL, 31 Julai: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa berkata Semenanjung Gaza telah menjadi “kem penghapusan terbesar dunia,” sambil menambah bahawa Israel telah melakukan kekejaman yang akan “mengatasi Hitler.”

“Pemimpin dan organisasi Barat yang tugasnya memastikan keselamatan antarabangsa hanya menyaksikan kekejaman ini dari jauh selama hampir 300 hari,” kata Erdogan dalam satu ucapan di ibu negara Ankara.

“Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati untuk melihat bahawa dasar pencerobohan Israel membahayakan seluruh rantau ini? Lihat, ini bukan jalan yang boleh diteruskan,” katanya lagi.

Presiden Turkiye itu juga menyeru supaya “kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat.”

Beliau berkata Israel adalah satu-satunya negara di rantau ini yang mendapat keselamatannya melalui “pencerobohan, pembunuhan beramai-ramai dan perampasan tanah,” bertindak seperti “organisasi pengganas.”

“Israel yang tidak mematuhi undang-undang ini adalah ancaman bukan sahaja kepada Palestin dan Lubnan tetapi kepada seluruh umat manusia, kepada seluruh dunia pada ketika ini,” kata Erdogan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan