Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Saraswathy Kandasami menjawab pertanyaan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Tabika Perpaduan fokus penghayatan Rukun Negara kepada kanak-kanak

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Tabika Perpaduan telah dimantapkan dengan memberi penumpuan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dan nilai-nilai murni bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan Negara.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Saraswathy Kandasami berkata, pendedahan itu perlu dipraktikkan bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun.

Jelas beliau kementerian telah mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021 – 2030 yang dilancarkan pada 24 Julai 2021.

“Pelan ini memberi fokus kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid seawal usia 4 hingga 6 tahun.

“Kementerian juga telah membuat penambahbaikan dan memperkenalkan program-program baharu dalam memastikan pemupukan perpaduan agar sentiasa dihayati dan dijiwai bermula di peringkat awal persekolahan,” katanya di Dewan Negara di sini, hari ini.

Saraswathy menjawab pertanyaan Senator Michael Mujah Lihan yang ingin tahu jumlah Tabika Perpaduan di seluruh negara dan adakah kewujudan Tabika Perpaduan ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan murid.

Mengulas lanjut, Saraswathy berkata antara program yang dilaksanakan termasuklah Program Pengajaran Modul Pendidikan Rukun Negara, Program Pengajaran Elemen Perpaduan dan Nilai-Nilai Murni, dan Pengajaran Komunikasi Asas Pelbagai Bahasa.

Untuk rekod, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menubuhkan Tabika Perpaduan sejak tahun 1976. Sehingga kini terdapat 1,781 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia dengan jumlah muridnya seramai 35,450 murid. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan