Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima peruntukan berjumlah RM100 juta pada tahun ini untuk menaik taraf makmal sains dan makmal komputer di sekolah daif seluruh negara. Foto fail, Bernama.

Dewan Negara: RM100 juta naik taraf makmal sains, komputer sekolah daif

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima peruntukan berjumlah RM100 juta pada tahun ini untuk melaksanakan kerja naik taraf makmal sains dan makmal komputer sekolah daif di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, peruntukan itu sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sekali gus diyakini dapat menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM40 juta telah digunakan untuk menaik taraf dan mengubah suai 300 makmal komputer manakala RM40 juta lagi untuk melaksanakan kerja yang sama bagi makmal sains.

“Kesemua makmal tersebut telah dikenal pasti dan kini (projek) sedang berjalan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk AC Kesavadas yang ingin tahu tindakan kerajaan menyelesaikan infrastruktur daif di sekolah kawasan luar bandar yang menjejaskan minat pelajar terhadap subjek sains dan matematik.

Berhubung status pelaksanaan dan input inisiatif Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah untuk menjajarkan semula kurikulum pendidikan rendah agar penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan serta menanam minat terhadap bidang sains dan matematik pula, Kah Woh berkata KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik aspek berkenaan bagi memastikan kurikulum yang digubal relevan dengan keperluan murid.

Jelas beliau Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027 yang melibatkan 10 buah lokasi di seluruh negara telah diadakan pada 23 Februari hingga 27 Julai lepas.

“Jerayawara ini bertujuan untuk menyebar luas maklumat berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 dan mendapatkan pandangan orang awam tentang perkara baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan