Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramanan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika Peluncuran Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad baru - baru ini. Foto, Bernama.

Dewan Negara: RM1.4 juta disalurkan bantu koperasi mikro

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Sejumlah RM1.4 juta diperuntuk oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk memperkasa koperasi mikro.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk R. Ramanan berkata, dana itu disalurkan untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat pengurusan rekod khusus kepada koperasi mikro.

Kata beliau bimbingan dilaksanakan melalui penganjuran Program Pemerkasaan Akaun Koperasi (PKASA) yang melibatkan  4,051 koperasi sejak 2021 hingga kini.

“(Selain itu) kementerian juga memperkenalkan Program Bantuan Perakaunan dan Pengauditan (PAKAR) yang merangkumi bantuan penyediaan akaun dan pengauditan kepada koperasi mikro melibatkan 500 koperasi dengan peruntukan berjumlah RM1.06 juta sejak 2020 hingga kini,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Pay Hen yang ingin tahu sejauh manakah penelitian kementerian terhadap koperasi mikro yang tidak aktif dan apakah inisiatif yang sedang dirangka bagi membantu memulihkan koperasi mikro yang mengalami kesukaran untuk beroperasi.

Sementara itu Ramanan berkata, KUSKOP juga komited dalam membantu meningkatkan keupayaan koperasi termasuk yang dikategorikan sebagai koperasi kluster mikro.

“Berdasarkan perangkaan koperasi sehingga Disember 2023, terdapat 13,304 koperasi berada dalam kluster mikro di mana perolehan tahunan koperasi tersebut adalah di bawah RM200,000.

“Daripada jumlah itu, bilangan koperasi berstatus tidak aktif adalah sebanyak 1,596,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan