Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika melawat projek pembina PAN Borneo Sabah baru- baru ini. Foto, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya.

Dewan Negara: LPB Sabah Fasa 1A dijangka siap suku pertama 2026

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2026, kata Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, status kemajuan semasa projek itu mencapai 76.0 peratus.

Kata Ahmad, sebanyak 15 pakej LPB Sabah Fasa 1A telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dan empat pakej kerja telah siap.

“Baki 11 pakej lagi sedang dalam peringkat pembinaan.

“Antara pakej kerja yang telah siap ialah Pakej Kerja 5 iaitu Donggongon ke Papar, Pakej Kerja 27 melibatkan Kampung Lot M ke Batu 32, Sandakan pada 18 November 2022,  Pakej Kerja 15 dari Tawau ke Semporna pada 10 Ogos 2023 dan Pakej Kerja 21: Lahad Datu Bypass,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Senator Tan Sri Panglima Anifah Aman.

Jelas Ahmad lagi, pelaksanaan projek LPB Sabah adalah melibatkan menaik taraf jalan raya sedia ada dan pembinaan jalan baharu.

“Langkah awal juga telah diambil semasa peringkat rekabentuk dengan kerjasama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS) dalam mengenal pasti kaedah mitigasi jangka sederhana dan jangka panjang kesan pelaksanaan Projek LPB Sabah,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan