Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM juga bekerjasama dengan Pixlr menerusi program Pixlr: Making Design Smarter, Faster, Easier with The Help of AI.Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: KPM bekerjasama dengan Google, Gemini AI Academy bangun pelajaran kreatif

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Dewan Negara dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan Google dan Gemini Academy untuk membangunkan kompetensi murid dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Pixlr menerusi program Pixlr: Making Design Smarter, Faster, Easier with The Help of AI.

Jelas beliau inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam suntingan grafik.

“Inisiatif Intel AI for Youth pula membantu murid memahami dan menggunakan teknologi AI dalam pembelajaran mereka melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL).

“(Selain itu kita juga) bekerjasama dengan Microsoft dengan program Microsoft Education AI Tool Kit yang menjadikan pendidikan dan pengajaran lebih menyeronokkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker di sini hari ini.

Lian Ker ingin tahu perkembangan terkini pelaksanaan pelantar pembelajaran digital, DELIMa yang diperkenalkan sejak 2019 dan sejauh manakah keberkesanan program ini kepada para pelajar dalam mengaplikasikan pengajaran kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian.

Sementara itu Kah Woh memaklumkan pada Mei lalu, Pixlr Group telah menyediakan kursus AI percuma kepada 500 orang guru sempena sambutan Hari Guru.

“Inisiatif tersebut membabitkan kos RM1 juta bertujuan memperkasa guru dengan pengetahuan dan kemahiran mengintegrasikan AI ke dalam bilik darjah,” katanya.

Berhubung Pelantar DELIMa pula, beliau memaklumkan ia akan terus ditambah baik dengan ciri-ciri baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna, analisis data, kandungan dan pembelajaran.

Berdasarkan laporan penggunaan sehingga 10 Julai 2024, beliau memaklumkan sebanyak 26 peratus atau (1,301,593) murid dan 89 peratus (401,619) guru menggunakan pelantar DELIMa secara aktif. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan