Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 200 Kaunselor Secara Kontrak (CFS) telah ditempatkan di 167 Pejabat Kesihatan Daerah bagi memberikan perkhidmatan di klinik kesihatan seluruh negara. Foto, Envato.

Dewan Negara: KKM tingkat akses perkhidmatan tangani isu kesihatan mental

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyediakan perkhidmatan pengesanan awal, intervensi dan rawatan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan bandar dan luar bandar bagi menangani isu kesihatan mental.

Timbalan Menteri di KKM, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perkhidmatan itu boleh diakses di 1,088 klinik kesihatan, 68 buah hospital dan 37 buah Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI) di seluruh negara.

Jelas beliau di setiap daerah terdapat sekurang-kurangnya satu pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang terdiri daripada pakar perubatan kesihatan awam, pakar psikiatri, pegawai psikologi, pakar perubatan kesihatan keluarga, pegawai perubatan dan juga paramedik.

“Seramai 200 Kaunselor Secara Kontrak (CFS) telah ditempatkan di 167 Pejabat Kesihatan Daerah bagi memberikan perkhidmatan di klinik kesihatan seluruh negara, dengan tempoh kontrak yang telah dilanjutkan sehingga 3 Ogos 2025.

“KKM turut memperkenalkan modul kesihatan mental di dalam aplikasi MySejahtera, MyMinda yang yang memberi akses orang awam kepada perkhidmatan kesihatan mental secara digital yang merangkumi saringan kesihatan mental, psiko-pendidikan dan juga tips penjagaan kesihatan mental kendiri,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Lukanisman menambah, KKM turut menyediakan perkhidmatan talian bantuan krisis kesihatan mental (Talian HEAL 15555) di samping melaksanakan program MySAVE, yang merupakan usaha pengukuhan pencegahan tingkah laku bunuh diri dengan memberikan pendedahan kepada golongan yang mengalami masalah kesihatan mental.

Ditanya mengenai cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan mental terutamanya di kawasan luar bandar, beliau mendedahkan KKM menjalankan kolaborasi bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melaksanakan aktiviti advokasi kesihatan mental kepada komuniti melibatkan golongan bandar dan luar bandar. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan