Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MUI NE, VIETNAM - 03 JANUARY, 2018: vietnamese woman holding aluminum bowl with fish and seafood on

Dewan Negara: 30,000 nelayan terima manfaat sistem FSI, hasil tangkapan meningkat

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Lebih 30,000 nelayan di seluruh negara menerima manfaat susulan pembangunan Sistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan (FSI) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata penggunaan FSI itu juga telah menyumbang kepada peningkatan pendaratan ikan bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Kata beliau pada 2012, jumlah pendaratan ikan di Malaysia adalah sebanyak 265,899 tan metrik iaitu meningkat sebanyak 15 peratus berbanding 2011.

“Pada 2013 pula jumlah pendaratan ikan terus meningkat kepada 287,445 tan metrik dan ini menjadikan jumlah peningkatan keseluruhan sebanyak 56,314 tan metrik atau 24 peratus berbanding 2011,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang ingin tahu sejauh mana MOSTI telah melaksanakan penilaian terhadap dasar pembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa seperti aplikasi FSI.

Dalam pada itu Mohamad Yusof berkata, hasil tangkapan ikan di lokasi yang dikenal pasti melalui Sistem FSI masih signifikan iaitu dapat memberikan sekurang-kurangnya dua tan metrik hasil tangkapan ikan di lokasi tersebut.

Ujarnya kadar tangkapan ikan itu merupakan kadar mampan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi membolehkan nelayan mendapat pulangan yang mencukupi serta menampung kos operasi vesel.

“DOF sentiasa menjalankan kerja verifikasi di lapangan bersama nelayan sejak tahun 2019 sehingga sekarang dalam memastikan keberkesanan aplikasi Sistem FSI kekal pada tahap optimum kepada pengguna,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan