Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat telah menimbus beberapa buah kampung selain penduduk di daerah Wayanad, Kerala terputus hubungan pada awal Selasa. Foto AFP

Angka kematian tanah runtuh di India meningkat kepada 224

ByBernama

NEW DELHI, 31 Julai: Tanah runtuh di negeri Kerala, India selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya 224 orang, menurut sumber berita tempatan pada Rabu, ketika pasukan penyelamat menyambung semula operasi mencari 225 orang yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap oleh lumpur dan serpihan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tanah runtuh di kawasan berbukit Wayanad berlaku pada awal pagi Selasa, memerangkap mangsa yang sedang tidur dalam kediaman mereka.

Kerajaan tempatan sedang mengumpul data mengenai bilangan penduduk di kawasan itu, mereka yang ditemukan selepas tanah runtuh dan mereka yang masih hilang, lapor akhbar Hindu.

Hujan lebat selama dua hari menyebabkan tanah runtuh, mengakibatkan sungai mengalir deras yang dipenuhi lumpur dan batu besar yang menghanyutkan jambatan dan menghalang jalan, menimbulkan cabaran untuk operasi menyelamat.

Tentera darat dan laut membantu pasukan penyelamat tempatan dan Pasukan Bantuan Bencana Nasional untuk menyelamatkan orang dari kawasan yang terputus hubungan menggunakan tali katrol dan mesin penggerak tanah.

Jurutera tentera sedang membina jambatan sementara untuk menyelamatkan mangsa dari kawasan Mundakkai yang terputus sepenuhnya.

Lebih 3,000 orang tinggal di kem bantuan yang didirikan di kawasan yang lebih selamat. Diramalkan hujan lebat berterusan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan