Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bijak menjawab persoalan dan mempunyai pendekatan diplomatik. Foto: Keluar Sekejap (FB)

Abang Johari bijak menjawab persoalan, miliki pendekatan diplomatik – Khairy

KUCHING, 31 Julai: Meskipun Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diasak dengan pelbagai soalan-soalan yang dilontarkan oleh ‘podcasters’ Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, Khairy mengakui Abang Johari bijak menjawab soalan serta mempunyai pendekatan diplomatik.

Mereka menjawab dakwaan warga maya yang berpandangan ‘Keluar Sekejap’ mahu melaga-lagakan hubungan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk daripada berbagai parti selepas tiada satu parti politik berjaya membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Menurut mereka lagi, sudah tentunya mereka mahu melontarkan soalan-soalan panas kepada Abang Johari yang diakui juga merupakan seorang tokoh pemimpin disegani dan telah menabur bakti kepada Sarawak selama ini.

“Kalau betullah kita nak jadi batu api dan perkara tersebut boleh membawa tanggapan negatif kepada Sarawak, tidak mungkin TV Sarawak (TVS) menayangkan episod kita di televisyen?

“Ada juga yang berkata Khairy dan Shahril adalah ‘priviledged malayans’ yang dengki dengan hak Sarawak seolah-olah Sarawak (mendapat hak semula) atas timbal balas memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sejujurnya, bukankah ini benda-benda yang semua orang cakap dan tanya?,” menurut Khairy menerusi episod baharu mereka dalam audio Siar Keluar Sekejap episod ke-116 yang dimuatnaik di Youtube semalam.

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji pendekatan yang diambil Premier Sarawak ketika menjawab mengenai isu agregator gas yang dahulunya dipegang oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan kini Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang bakal menjadi agregator gas tunggal.

Walaupun Sarawak berusaha untuk mendapatkan hak semula yang terhakis terutamanya dalam industri minyak dan gas, mereka percaya bahawa PETRONAS dan PETROS mampu mencari solusi menang-menang yang juga dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Tambah mereka berdua, mereka akan terus memberi tumpuan kepada Sarawak dalam episod akan datang kerana wilayah ini disifatkan mereka adalah salah satu ‘hot states’ di negara ini.

Mereka turut berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman yang menjadikan episod berkenaan bersama Abang Johari itu di Kuching menjadi satu realiti.

Terdahulu, pada 22 Julai, Abang Johari telah menjadi tetamu kehormat dalam audio siar Keluar Sekejap sempena Hari Sarawak bagi membincangkan mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia serta perkembangan terkini tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Episod ke-115 itu juga turut menyentuh mengenai misi dan visi serta hala tuju pembangunan Sarawak selain turut melihat masa hadapan politik Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan