Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Venezuela telah menahan 749 individu dipercayai terlibat dalam rusuhan ganas susulan pilihan raya presiden pada Ahad. Foto AFP

749 ditahan di Venezuela kerana merusuh

ByBernama

CARACAS, 31 Julai: Pihak berkuasa Venezuela telah menahan 749 individu dipercayai terlibat dalam rusuhan ganas susulan pilihan raya presiden pada Ahad, kata Peguam Negara Tarek William Saab pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, peguam negara memaklumkan mereka yang ditahan menghadapi tuduhan “menghasut, menghalang jalan awam, jenayah kebencian … menentang penahanan dan dalam kes yang paling serius, keganasan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut Saab, seramai 48 pegawai tentera dan polis telah cedera, termasuk terkena tembakan manakala seorang pegawai tentera di utara negeri Aragua terbunuh akibat keganasan itu.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kumpulan berhaluan kanan telah menggunakan kanak-kanak dan individu di bawah pengaruh dadah dalam rusuhan di beberapa bandar di Venezuela.

Saab berkata rusuhan itu bukanlah protes sebaliknya perbuatan “penjenayah bersenjata” yang ingin “mencetuskan kekacauan. Mereka mahu … ini meningkat ke peringkat nasional … supaya terdapat campur tangan asing.”

Venezuela mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad dan Majlis Pilihan Raya pada Isnin mengumumkan Presiden Nicolas Maduro sebagai pemenang pilihan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan