Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pejalan kaki wanita warga emas terkorban selepas terbabit dalam kejadian langgar lari. Foto hiasan Envato

Warga emas maut dilanggar lari oleh lori

IPOH, 30 Julai: Seorang wanita warga emas yang dipercayai mangsa langgar lari ketika melintas jalan berhampiran lampu isyarat Jalan Pasir Puteh – Jalan Lahat, di sini meninggal dunia semalam.

Pejalan kaki berusia 64 tahun itu meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun kira-kira pukul 2.50 petang selepas terbabit kemalangan tersebut sekitar pukul 6.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dilanggar oleh sebuah lori yang belum dikenal pasti nombor pendaftaran.

Katanya, lori itu dikatakan datang dari arah Pasir Puteh menuju ke Persiaran Lahat Mines sebelum gagal mengelak mangsa yang dikatakan sedang melintas jalan secara tiba-tiba dari kiri ke kanan jalan.

“Akibatnya, wanita itu telah tercampak ke kiri jalan dan terjatuh di atas jalan sehingga menyebabkan kecederaan parah pada kepala.

“Pemandu tidak memberhentikan lori itu dan dipercayai telah lari dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pihaknya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Inspektor Edwin Tang Chiew di talian 016-550 6863 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan