Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media selepas menerima Anugerah Kepimpinan Teknologi di Putrajaya hari ini. Foto, Akma Salleh (TVS).

Teknologi AI revolusi penjagaan kesihatan, pertanian di Sarawak – Abang Johari

ByAkma Salleh

PUTRAJAYA, 30 Julai: Kerajaan Sarawak mula menerapkan penggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk merevolusikan sektor penjagaan kesihatan dan pertanian, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini susulan kelulusan Kabinet Kerajaan Sarawak baru – baru ini terhadap cadangan penubuhan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC).

Teknologi AI revolusi penjagaan kesihatan, pertanian di Sarawak | TVS

Menerusi Abang Johari menyuarakan keyakinan beliau bahawa kecekapan dan produktiviti di wilayah itu dapat ditingkatkan.

“AI turut menjadi sebahagian daripada Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 (dan menerusi pusat ini), ia memberi tumpuan kepada AI untuk melakukan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

“Pusat ini akan meningkatkan bakat tempatan, menarik pakar global dan seterusnya meletakkan Sarawak sebagai pemimpin dalam teknologi AI di Malaysia serta mempercepatkan penggunaan AI dalam kalangan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (MBOT ENTICE 2024), di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.

Sempena majlis itu, Abang Johari menerima Anugerah Kepimpinan Teknologi yang diberikan kepada beliau oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sebagai mengiktiraf sumbangan dalam bidang teknologi dan ekonomi hijau.

Abang Johari diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu Abang Johari berkata, menyedari peranan penting pusat data dalam ekonomi digital, Kerajaan Sarawak juga telah bekerjasama dengan sektor swasta untuk menubuhkan Pusat Data Hijau.

“Kami sedang membangunkan sebuah Pusat Data Hijau 200MW  yang akan melengkapkan Sarawak dengan kemudahan infrastruktur digital yang mampan, cekap tenaga, canggih dan menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Tambah beliau semua perancangan yang dilaksanakan Sarawak itu telah meletakkan asas yang kukuh kepada wilayah berkenaan untuk makmur, inklusif dan maju dalam aspek teknologi.

“(Ini juga akan) memastikan Sarawak secara berterusan akan berdaya saing dalam digital ekonomi global,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan