Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Venue-venue SUKMA di Miri siap sedia terima kontinjen dari seluruh negara. Foto Salasiah Safian (TVS)

SUKMA Sarawak: Venue pertandingan di Miri siap sedia terima kontinjen

BySalasiah Safian

MIRI, 30 Julai: Persediaan rapi sudah dijalankan di venue-venue pertandingan acara Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Miri.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ketua Kontinjen Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu berkata semua tempat tersebut bersedia menerima kehadiran kontinjen dari seluruh negara.

Beliau turut berpuas hati dengan persediaan untuk acara-acara yang akan dihoskan di Miri iaitu acara perahu layar, ragbi (lelaki dan wanita), lawan pedang, karate, sofbol (lelaki dan wanita) dan pencak silat.

Venue SUKMA di Miri siap sedia terima kontinjen seluruh negara. Foto Salasiah Safian (TVS)

“Saya rasa ini dari segi venue ragbi 100 peratus dah sedia untuk bertanding dan pencak silat pun kita menunggu tatami untuk dipasang dalam beberapa hari lagi. Sofbol pun begitu juga mungkin masih ada pembaikan dan saya difahamkan sudah siap 95 peratus.

“IKBN yakni karate diadakan menunggu tatami juga 95 peratus siap. Di Eastwood tempat pedang, 95 peratus. Jadi saya berasa puas hati dengan semua ini dan begitu juga dengan persiapan daripada Pejabat Residen sebagai hos kita di Miri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat venue untuk sukan ragbi di Stadium Miri, di sini hari ini.

Dato Gerald Rentap Jabu. Foto Salasiah Safian (TVS)

Selain persediaan dari segi venue sukan, Miri juga katanya sudah bersedia dari segala aspek termasuk tempat penginapan, makanan dan sebagainya.

Tambahnya, para atlet juga bersedia sepenuhnya untuk bertanding mewakili Sarawak dalam SUKMA kali ini.

“Begitu juga dengan atlet kita. Kita juga telah berjumpa dengan beberapa atlet,” katanya.

Acara perahu layar akan diadakan di Marina Bay, sukan ragbi di Stadium Miri, sukan lawan pedang diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club dan sukan karate di Dewan Serbaguna IKBN.

Sukan sofbol pula akan diadakan di Padang Bola Sepak IKBN bagi lelaki dan Padang Bola Sepak SK Merbau untuk Wanita.

Tidak ketinggalan, sukan pencak silat akan diadakan di Stadium Bandaraya Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan