Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan mereka yang dijadualkan bersaing di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines. Foto fail: Bernama

Skuad berbasikal trek siap sedia tinggalkan Mallorca menuju Paris 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Skuad berbasikal trek negara semakin menghampiri penghujung kem latihan di Mallorca, Sepanyol sebelum berangkat ke Paris Khamis ini bagi memulakan kempen Sukan Olimpik 2024.

Menerusi perkongsian di Instagram, jaguh negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkata beliau bersama Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri hari ini giat menjalani sesi latihan kedua terakhir di Velodrom Illes Balears.

“Sesi hari ini merupakan sesi kedua terakhir di Mallorca dan selepas itu kita akan terbang ke Paris dan bersiap siaga untuk perlumbaan kita yang akan bermula pada 7 Ogos nanti,” kata pemenang perak Olimpik Tokyo 2020 itu dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Atlet dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan mereka yang dijadualkan bersaing di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines.

“Harap semua rakyat Malaysia dapat doakan kejayaan saya dan juga seluruh pasukan lumba basikal trek Malaysia, insya-Allah, Malaysia Boleh!” kata atlet berusia 36 tahun itu yang bakal membuat penampilan kelima di pentas Olimpik.

Muhammad Shah akan beraksi pada Olimpik keduanya sementara mimpi menjadi kenyataan buat Nurul Izzah apabila pemenang emas acara keirin dan 500 meter (m) ujian masa wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2024 itu meraih debut di temasya sukan berprestij tersebut.

Mereka akan bersaing dalam acara pecut individu dan keirin.

Sementara itu, dalam video yang sama, Azizulhasni kelihatan selesa menunggang basikal berteknologi tinggi WX-R Vorteq yang akan digunakan pelumba negara di Paris.

Basikal itu diterbangkan khas dari United Kingdom ke Mallorca kira-kira dua minggu lepas untuk digunakan semasa sesi latihan di sana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan