Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Florianna Lendai Michael Mulok during an exclusive interview with TVS at UNIMAS on Wednesday. Photo: TVS

Sejauh mana masyarakat cakna dengan pengetahuan ESG?

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 29 Jul: Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sudah sinonim dengan wilayah ini, namun diakui juga masih ramai menganggap bahawa penilaian yang diamalkan antara syarikat dan pelabur dalam industri hanya terhad merangkumi hal ehwal alam sekitar sahaja.

Hakikatnya, masyarakat perlu cakna dengan matlamat ESG itu sendiri, yang merangkumi pelbagai aspek dan bidang berkaitan yang lebih luas.

Berkongsi pendapat, Ketua Felo Penyelidik (Bahagian Tenaga dan Kelestarian), Institut Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Florianna Lendai Michael Mulok, mungkin tidak ramai yang sedar atau kurang memahami bagaimana ESG ini saling berkaitan.

“Bagi bahagian sosial, ramai yang tidak memahami bagaimana ia boleh berkait rapat dengan alam sekitar tetapi dari segi dimensi sosial yang melihat hubungan syarikat dengan pemegang saham, secara asasnya, adakah syarikat ini menjalinkan kerjasama dengan pembekal yang memegang kepada prinsip dan nilai yang sama?

“Contohnya, jika saya katakan saya syarikat yang mengamalkan kelesetarian, percaya kepada mengurangkan sisa buangan, sekali gus memastikan syarikat mengamalkan kecekapan tenaga, dan saya juga akan melihat bagaimana saya melibatkan diri saya dengan mereka yang berada dalam rantaian bekalan.

“Perlu tahu juga adakah syarikat menjalankan sumbangan seperti tanggungjawab sosial korporat dan bagaimana pula dengan syarikat yang mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan pekerja? Jadi ia tidak lagi menjalankan perniagaan secara tradisional yang hanya melihat kepada keuntungan sahaja, tetapi kepada kebaikan kepada planet,” katanya ketika ditemubual TVS di UNIMAS Kota Samarahan pada Rabu.

Beliau berkata penerapan terhadap ESG ini menjadi pertimbangan yang kritikal bagi perniagaan dan pelabur sejak kebelakangan ini.

Tahap kritikal ini memberikan kesan seperti pertimbangan untuk melabur dalam syarikat yang mula mengiktiraf ESG malah ia dilihat berada dalam kedudukan yang baik sekali gus mengelakkan kontroversi yang boleh menjejaskan kedudukan dan kewangan syarikat.

Mengulas mengenai faktor, Florianna berkata selain sifat cakna masyarakat dalam tanggungjawab sosial, peraturan yang diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah (EU) juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kesan kritikal ini. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan