Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh bersama delegasi Sarawak mengadakan kunjungan ke ke Taj Mahal dan Agra Fort. Foto Len Talif Salleh.

Sarawak contohi urus tadbir Taj Mahal, tapak warisan dunia UNESCO

INDIA, 30 Julai: Delegasi Sarawak ke India berpeluang mempelajari kaedah terbaik untuk mengurus tadbir Taman Negara Niah sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dengan mengadakan kunjungan ke Taj Mahal dan Agra Fort.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, Taj Mahal masih tersergam indah meskipun sudah berusia lebih 400 tahun.

Malah ujarnya, seni bina Mughal yang memukau melalui gabungan seni bina Parsi, Turki, India dan gaya seni bina Islam bukan sahaja warisan bersejarah sebaliknya, kekal menjadi tarikan pelancong hingga ke hari ini.

“Sepanjang lawatan, kita diberi taklimat salah seorang pegawai bertanggungjawab mengenai bangunan bersejarah warisan dunia itu.

“Di situ kita banyak mempelajari sesuatu yang baharu untuk melonjakkan lagi potensi–potensi tapak bersejarah negara khususnya di Sarawak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ketua Delegasi Sarawak ke India berkata, lawatan itu bertujuan untuk mempelajari kaedah yang terbaik mentadbir urus Taman Negara Niah selepas diumumkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sebelum itu katanya, rombongan juga berpeluang mengadakan lawatan di Qutub Minar, Red Fort dan Jama Masjid di New Delhi.

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan India kerana memberi ruang dan peluang serta layanan memuaskan untuk kita melawat tapak warisan UNESCO di New Delhi itu.

“Insya-Allah, ilmu yang kita perolehi akan diterjemahkan bagi mentadbir urus Taman Negara Niah nanti,” katanya.

Dalam pada itu, pengistiharan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO ke-46 lalu merupakan satu lagi sejarah baharu Sarawak, selepas Taman Negara Mulu pada tahun 2000.

“Ini merupakan salah satu lagi bukti komitmen tinggi Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Abang Johari dalam memelihara dan melindungi warisan semula jadi dan budaya untuk kepentingan generasi akan datang.

“Kejayaan ini juga adalah berkat kerjasama yang erat antara semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang turut mendapat sokongan padu rakyat Sarawak khususnya komuniti tempatan di kawasan Niah,” tambahnya. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan