Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak berpotensi menjadi pintu masuk kapal pelayaran dari Asia Tenggara untuk meneroka Borneo eksotik.

Pelabuhan Sarawak pintu masuk kapal pelayaran ke Exotic Borneo

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Julai: Sarawak diyakini berpotensi mengusahakan sektor pelancongan kapal pelayaran di Malaysia seperti perancangannya untuk menjadikan wilayah ini sebagai pintu masuk utama ke Borneo eksotik.

Pengasas Komuniti Your Inbound Matters, Uzaidi Udanis menggesa inisiatif yang boleh mengubah Sarawak itu menjadi ‘home port’ utama, bakal mempelawa kapal persiaran singgah di pelabuhan wilayah ini sekali gus meningkatkan industri pelancongan serta ekonomi termasuk menekankan peluang unik yang ditawarkan oleh Sarawak.

“Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi pintu masuk kapal persiaran ke Borneo eksotik.

“Dengan menjadikan Sarawak sebagai ‘home port’, kita boleh mencipta pengalaman yang tiada tandingan untuk pelancong dan meningkatkan industri pelancongan di wilayah itu dengan ketara,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mahu membangunkan serta menambah baik pelabuhan-pelabuhan sedia ada menuju ke arah usaha menjadikan negara ini sebagai ‘home port‘ – pelabuhan di mana kapal kembali selepas melancong atau menghantar barang.

Menurutnya lagi, industri kapal persiaran yang bernilai lebih daripada USD9 bilion dan dijangka meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2030 yang menawarkan pasaran yang sangat menguntungkan dengan kira-kira 230 kapal persiaran aktif berlayar di seluruh dunia serta menarik sebahagian kecil daripada pasaran ini boleh memberikan impak besar terhadap ekonomi Sarawak.

“Bayangkan pelancong terbang ke Malaysia yang menaiki kapal persiaran dari Sarawak dan meneroka keajaiban di Borneo.

“Ini boleh menjadikan Sarawak sebagai destinasi yang unik dalam sektor pelancongan kapal persiaran,” kata Uzaidi.

Beliau juga mencadangkan untuk menghidupkan semula perkhidmatan feri ke Sarawak dan menubuhkan perkhidmatan kapal persiaran oleh syarikat-syarikat yang berpangkalan di Sarawak bagi meningkatkan daya tarikan wilayah ini.

Bukan itu sahaja, pengenalan pakej ‘fly-and-cruise’ adalah satu lagi inisiatif utama yang perlu diterokai bagi membolehkan pelancong terbang ke Malaysia dan menaiki kapal persiaran ke negara-negara Asia Tenggara dengan Sarawak sebagai pintu masuk.

“Pakej ‘fly-and-cruise’ boleh membawa pelancong ke Sarawak, di mana mereka boleh memulakan perjalanan kapal persiaran mereka ke destinasi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) lain.

“Ini boleh meningkatkan status Sarawak sebagai pemain utama dalam industri pelancongan kapal persiaran,” jelasnya.

Sehubungan itu, dengan kerjasama antara kerajaan, industri pelancongan, dan syarikat kapal persiaran, Sarawak berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pasaran kapal persiaran yang semakin berkembang dan memacu pertumbuhan ekonomi yang ketara bagi wilayah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan