Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika berucap pada program Malaysian Board of Technologists (MBOT) Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE) di sini, hari ini. Foto, Bernama.

Saham Affin Bank: Bank Negara Malaysia sudah beri kebenaran bersyarat – Abang Johari

ByAkma Salleh

PUTRAJAYA, 30 Julai: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) sudah memberi kelulusan bersyarat berhubung hasrat Kerajaan Sarawak meningkatkan pegangan sahamnya dalam Affin Bank.

Perjanjian jual beli pegangan saham LTAT dimuktamad dalam tempoh sebulan | TVS

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, perjanjian jual dan beli (SPA) berkenaan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) yang merupakan pemegang saham terbesar dalam bank perdagangan berkenaan dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

“Ia adalah proses teknikal yang merupakan peraturan perlu dipatuhi,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (MBOT ENTICE 2024), di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.

Sempena majlis itu, Abang Johari menerima Anugerah Kepimpinan Teknologi yang diberikan kepada beliau oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sebagai mengiktiraf sumbangan dalam bidang teknologi dan ekonomi hijau.

Sebelum ini pada 19 Julai lepas ketika menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik membabitkan Kerajaan Sarawak dengan LTAT di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Abang Johari memaklumkan proses itu dijangka selesai sepenuhnya bulan depan.

Jelas beliau Kerajaan Sarawak serta LTAT sedang menunggu kelulusan akhir daripada BNM membabitkan aspek kawal selia.

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak kini mempunyai 4.8 peratus pegangan dalam Affin Bank selepas membeli 112.56 juta saham pada pertengahan April tahun lepas.

Abang Johari sebelum ini turut mengesahkan selepas proses berkenaan selesai, Kerajaan Sarawak akan menjadi pemegang saham utama blok kepada lebih 30 peratus. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan