Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang menyampaikan bantuan pendidikan kepada seorang pelajar dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan. Foto Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan

Rubiah utamakan pendidikan dan kebajikan warga Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 30 Julai: Bidang pendidikan dan kebajikan masyarakat dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan sentiasa menjadi agenda utama kerana menyedari hanya melalui pendidikan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, untuk tujuan itu pelbagai program diadakan bagi memperkasa bidang pendidikan di kawasan itu.

“Saya berharap anak-anak muda sentiasa mengambil berat mengenai pendidikan dan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi,” katanya berucap pada Program P197 Samarahan Prihatin di Dewan Suarah di sini, semalam.

Inisiatif itu diusahakan sendiri Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan di kawasan ini.

Katanya, program itu jelas mencerminkan komitmen penuh dalam menyokong generasi muda untuk menggapai impian mereka melalui pendidikan yang berkualiti.

“Kita juga menyediakan pelbagai bantuan kebajikan kepada komuniti di kawasan ini.

“Langkah ini memastikan setiap warga Samarahan menikmati akses yang setara terhadap pendidikan dan kebajikan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau berharap bantuan pendidikan yang diberikan dapat meringankan beban para penerima dalam meneruskan perjalanan akademik mereka.

“Selain itu, bantuan kebajikan pula diharap dapat membantu mereka sembuh daripada masalah kesihatan yang dihadapi, agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan