Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Mahayuddin Said, Iswandi Pardie dan Awang Mohamad Awang Jili. Foto TVS

Pingat Jasa Pahlawan Negara tanda penghargaan buat jasa pesara PDRM

KUCHING, 30 Julai: Kilauan sebutir pingat yang tersemat rapi di dada, menceritakan pelbagai kisah pengorbanan yang menumpahkan juraian keringat dan air mata, sehingga ke titisan darah terakhir.

Menabur bakti selama lebih 30 tahun dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Mahayuddin Said, 63, menyifatkan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) ini merupakan satu penghormatan buat dirinya.

“Pada hari ini saya berasa amat gembira kerana telah dianugerahkan pingat pahlawan ini. Jadi saya rasa apa yang saya nikmati semasa bertugas dahulu, adalah dihargai oleh PDRM,” kata pesara berpangkat Sarjan ketika ditemui pemberita pada majlis penganugerahan PJPN di Dewan Pahlawan, Ibu Pejabat Briged PGA Batu Kawa di sini, hari ini.

Sementara bagi Iswandi Pardie yang mewakili arwah ayahnya Pardie Amin, menyatakan rasa syukur kerana jasa ayahnya dikenang oleh PDRM dan pingat ini merupakan tanda kenangan kepada mereka sekeluarga.

“Saya berasa bangga meskipun arwah ayah tiada bersama kami pada hari ini, pingat ini menjadi kenangan kepada kami 14 orang adik-beradik. Ini merupakan tanda kenangan buat kami semua,” katanya.

Bagi pesara berpangkat Sarjan, Awang Mohamad Awang Jili, 80, ketika dianugerahkan pingat PJPN tersebut, imbauan wajah-wajah rakan seperjuangan serta penugasan, muncul bersilih ganti di benak mindanya.

“Memanglah bersyukur kerana mendapat pengiktirafan daripada kerajaan, kerana kepercayaan yang diberikan terhadap tugas yang diberikan,” katanya.

Seramai 195 orang pesara PDRM dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak pada Siri Keempat 2024 di Kuching pada Selasa. – TVS

Tags: pdrm, pesara, PJPN

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan