Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 300 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di Pesta Kuching di pekarangan MBKS. Foto Chin Kah Joo TVS)

Pesta Kuching warisan penting untuk generasi akan datang

ByJeeridyne

KUCHING, 30 Julai: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata Pesta Kuching 2024 berfungsi sebagai platform kukuh bagi warga Kuching berkumpul dan meraikan kepelbagaian makanan dan budaya.

Menurutnya, pesta yang dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong merupakan medan terbaik bagi mempamerkan kepelbagaian dan budaya masyarakat bandar raya ini.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) merasmikan Pesta Kuching, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

“Bandar Kuching yang kaya dengan sejarah dan budaya adalah permaidani yang ditenun oleh sumbangan pelbagai generasi. Pesta ini adalah bukti bagaimana masa lalu, masa kini dan masa depan kita berkait rapat,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kuching di sini, malam ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Kepelbagaian itu merupakan warisan kekal dan anugerah kepada warga bandar raya ini sejak zaman berzaman, justeru generasi masa kini wajar berikrar untuk menjaga dan mewariskan kepada generasi seterusnya.

Beliau turut berbesar hati mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Guro, Korea Selatan; Zhenjiang, Quanzhou, Dong Cheng, Taian, Chongzhou, China; dan Asuke, Jepun.

Menurutnya, kehadiran mereka melambangkan kekuatan dan kemesraan persahabatan antarabangsa dengan bandar raya ini.

“Ini adalah peluang untuk berkongsi khazanah ini dengan delegasi dan pelawat antarabangsa. Penyertaan dari semua pihak adalah penting untuk menjayakan pesta ini.

“Saya menggesa semua orang untuk melibatkan diri sepenuh hati dalam aktiviti sebegini,” ujarnya.

Malah, beliau percaya bahawa dengan kerjasama semua pihak, Kuching akan kekal bersih, selamat, hijau dan bertenaga.

“Kita mesti berusaha untuk mewujudkan sebuah bandar yang sihat, boleh didiami dan berkembang maju dari segi ekonomi untuk generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola Pesta Kuching 2024, Mok Chuang Ping berkata, pesta ini menawarkan 330 gerai makanan dan minuman yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan luar negara.

“Matlamat kami adalah untuk terus mengembangkan dan menambah baik Pesta Kuching, menjadikannya lebih besar, lebih baik dan lebih inklusif setiap tahun.

“Kami berhasrat untuk menggabungkan amalan yang lebih mampan, memastikan pesta ini bukan sahaja meriah tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan