Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyalahgunaan dadah di Sarawak masih terkawal berkat usaha bersepadu semua pihak dalam membanteras masalah berkenaan. Foto hiasan Envato

Penyalahgunaan dadah: Sarawak berada di kedudukan terendah berbanding negeri lain

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 Julai: Penyalahgunaan dadah di Sarawak masih terkawal berkat usaha bersepadu semua pihak dalam membanteras masalah berkenaan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak berada di kelompok negeri rendah penyalahgunaan dadah.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah). Foto Lorenzo Isaac (TVS)

“Walaupun kita kadang-kadang dengar tangkapan dadah dan sebagainya, tapi kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain, masalah kita ini agak terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di sini, hari ini.

Abdul Karim juga menekankan peranan penting dimainkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam membanteras najis dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Sarawak bersedia menanggung kos tambahan bagi menambah bilangan anjing pengesan dadah di negeri ini.

“Kerajaan negeri ada membuat tawaran supaya anjing ini ditambah dengan kerajaan negeri yang mengeluarkan kos,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan