Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gua Niah merupakan tapak penempatan manusia yang dianggarkan telah wujud sejak 65,000 tahun. Foto hiasan Envato

Pengiktirafan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia bawa impak besar dari aspek pelancongan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 Julai: Kerja-kerja menaik taraf prasarana di sekitar Taman Negara Gua Niah, termasuk kemudahan asas di Pekan Niah sedang dijalankan untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung di kawasan ekopelancongan tersebut.

Naik taraf prasarana di Taman Negara Gua Niah perkasa ekopelancongan | TVS

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dengan pengiktirafannya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO baru-baru ini, Gua Niah akan menjadi produk pelancongan yang lebih gah di mata pelancong asing.

“Implikasinya amat besar sekali terutama dari perspektif pelancongan kerana Gua Niah kita sedia maklum, daripada penyelidikan pakar-pakar di universiti, termasuk yang baru daripada New South Wales University.

“Kalau dahulu kita dimaklumkan bahawa penempatan manusia di Niah adalah 40,000 tahun sahaja, tapi penemuan terbaru daripada New South Wales, menunjukkan penempatan manusia di situ adalah sehingga 65,000 tahun. Inilah yang membuat Gua Niah ini agak unik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Premier Sarawak mempengerusikan Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTDM) 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, Taman Negara Gua Niah di Miri telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam Mesyuarat ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia yang berlangsung di New Delhi, India, sekali gus menjadikannya tapak kedua seumpamanya di Sarawak selepas Taman Negara Gunung Mulu.

Tapak bersejarah itu mengandungi rekod terpanjang yang diketahui tentang hubungan manusia dengan hutan hujan tropika lebih 65,000 tahun lalu berdasarkan penemuan kajian beberapa universiti tempatan dan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan