Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
 Calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat mewakili Parti Republikan, Donald Trump Foto: Bernama

Pembukaan Olimpik Paris ‘memalukan’ – Trump

ByHandy G

Amerika Syarikat, 30 Julai: Calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat mewakili Parti Republikan, Donald Trump hari ini menyifatkan majlis pembukaan Olimpik di Paris sebagai ‘memalukan’ selepas menampilkan adegan menyerupai ‘last supper’ yang dianggapnya keterlaluan.

Pembukaan menyaksikan adegan itu yang menampilkan sekumpulan penari menyerupai gambaran peristiwa last supper, berdasarkan  kepercayaan penganut Kristian itu dikecam kumpulan-kumpulan Katholik serta biskup Perancis.

Sementara itu, Trump yang ditanya oleh pengacara Laura Ingraham sekiranya dipilih semula sebagai presiden, menegaskan tidak akan membenarkan adegan ‘last supper’ diadakan pada Olimpik 2028 di Los Angeles kelak.

“Saya merasakan bahawa upacara pembukaan itu amat memalukan.

“Kami tidak akan mengadakan ‘Last Supper’ seperti yang digambarkan pada malam itu. Saya sangat terbuka. Anda faham, anda mengenali saya lebih baik daripada kebanyakan orang mengenali saya. Saya sangat terbuka. Tetapi saya rasa apa yang mereka lakukan adalah memalukan,” katanya lagi.

Pengarah upacara pembukaan, Thomas Jolly,  kemudian menjawab kritikan dengan menyatakan bahawa beliau bermaksud untuk menyatukan dan mempertingkatkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan