Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah syarikat kontraktor dan pembangunan hartanah yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987. Foto Envato

KPDN serbu syarikat kontraktor disyaki langgar Akta Hak Cipta

ByBernama

ALOR SETAR, 30 Julai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah syarikat kontraktor dan pembangunan hartanah yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987, di sini semalam.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan pada 12 tengah hari itu mendapati premis perniagaan terbabit menggunakan salinan langgaran program komputer untuk perkhidmatan melakar dan mereka bentuk seni bina bagi projek pembinaan.

“Serbuan dilakukan bersama wakil pemilik hak cipta program komputer itu di sebuah premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan kontraktor pembinaan dan pembangunan hartanah.

“Tindakan serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil risikan yang telah dijalankan sejak bulan Jun lepas di sekitar bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Nizam berkata pemeriksaan lanjut di premis berkenaan mendapati empat set komputer pelbagai jenama dikesan mempunyai tujuh unit salinan langgaran program komputer yang telah disahkan oleh wakil pemilik hak cipta program komputer itu.

Beliau berkata tindakan diambil di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 iaitu ada dalam milikan, jagaan atau kawalan bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan dometik, apa-apa salinan langgaran.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM20,000 dan KPDN ingin memberi amaran kepada peniaga agar tidak menggunakan atau mempamerkan kepada awam, apa-apa salinan langgaran program komputer tanpa izin pemilik hak cipta,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan