Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo (lima kiri) bersama rombongannya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Kompleks Pentadbiran Bersepadu di Lawas, hari ini. Foto TVS

Kompleks Pentadbiran Bersepadu Lawas dijangka siap Julai 2025

LAWAS, 30 Julai: Pembinaan Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) Jabatan Kerajaan Sarawak Lawas berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Infrasturktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo berkata projek itu mencapai kemajuan sebanyak 52 peratus setakat 30 Julai ini dan mampu disiapkan sepenuhnya pada Julai 2025.

Beliau yang berpuas hati dengan perkembangan positif itu berkata ia merupakan usaha pemaju mengandakan kerja untuk mencapai status terbaik ketika ini.

“Beberapa isu yang menyumbang kepada kelewatan projek selepas COVID-19 dahulu telah dapat diatasi dengan cekap oleh pemaju,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak projek IAC hari ini.

Beliau berkata bangunan setinggi 15 tingkat itu bakal menempatkan pejabat jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Bangunan berkenaan akan dilengkapi kemudahan moden, kemudahan tempat letak kenderaan dan laluan jalan raya yang akan dinaik taraf.

“Ia akan menempatkan lebih kurang 15 agensi dan jabatan kerajaan negeri dan jangkaan kita semua pegawai atau kakitangan kerajaan yang akan menduduki bangunan ini nanti adalah seramai 700 orang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan