Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi Whatsapp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu. Foto AFP

Kandungan Whatsapp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu – MOF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi Whatsapp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan