Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sektor pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal antara yang memohon sertai Dasar Gaji Progresif. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara:42 peratus majikan mohon sertai Dasar Gaji Progresif

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merekodkan pembukaan 996 akaun majikan bagi projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) setakat 29 Julai 2024.

Timbalan Menteri KESUMA Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek rintis yang bermula pada Jun hingga Ogos 2024 itu menyaksikan seramai 416 atau 42 peratus majikan telah mengemukakan penyertaan permohonan.

Beliau berkata sektor yang memohon projek rintis itu antaranya perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, aktiviti profesional saintifik dan teknikal, pembuatan, pembinaan, maklumat dan komunikasi.

“Sebanyak RM50 juta telah disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP termasuk bagi pembayaran insentif kepada 1,000 majikan bagi tempoh setahun.

“Pembayaran insentif dijangka bermula pada Oktober 2024 apabila pihak majikan mengemukakan tuntutan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Husain Awang yang ingin tahu status terkini terhadap pelaksanaan projek rintis DGP yang melibatkan 1,000 buah syarikat.

Tambah Abdul Rahman, pemberian insentif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 20,000 pekerja tempatan yang bergaji antara RM1,500 hingga RM4,999.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, Jawatankuasa Kerja masih dalam peringkat penilaian projek dan akan dimuktamadkan pada September ini dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusi bersama oleh KESUMA dan Menteri Ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan