Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perarakan kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2023 di Kemboja. Foto fail, Bernama.

Dewan Negara: Sarawak tawar RM350 juta untuk penganjuran Sukan SEA 2027 di wilayahnya

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan peruntukan RM350 juta untuk menganjurkan separuh acara Sukan SEA 2027 di wilayah mereka.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata selain Sarawak yang sudah menyatakan hasrat untuk menjadi penganjur bersama, kementerian turut menerima pengesahan beberapa negeri lain yang turut berminat.

“Terima kasih Sarawak, mereka telah menawarkan peruntukan sebanyak RM350 juta atau bersamaan 50 peratus bagi penganjuran 18 jenis acara Sukan SEA dan lapan jenis Sukan Para ASEAN.

“Sabah pula bersetuju menyalurkan lebih RM100 juta bagi pengelolaan 11 jenis sukan dan empat jenis sukan bagi Para ASEAN, manakala Pulau Pinang yang memperuntukkan RM15 juta bagi penganjuran sukan billiard,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya minta yang ingin tahu keputusan kerajaan mengenai hak penganjuran Sukan SEA 2027 memandangkan mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) telah memberikan hak penganjuran sukan dwi-tahunan itu kepada Malaysia.

Sementara itu Hannah mendedahkan anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta berdasarkan kos yang dibelanjakan ketika Malaysia menganjurkan temasya dwitahunan itu pada 2017 di Kuala Lumpur.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyatakan hasrat untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 secara kerjasama strategik dengan kerajaan-kerajaan negeri sebagai penganjur bersama.

“Keputusan berhubung perkara ini akan diputuskan oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk kesan terhadap ekonomi negara,”katanya.

Kepada soalan tambahan Mohd Hisamudin yang ingin tahu perincian jumlah kos penganjuran Sukan SEA 2027 berdasarkan perkiraan awal dan penjimatan awal yang dapat dilakukan oleh kerajaan, Hannah memaklumkan Kerajaan Pesekutuan telah menerima jumlah peruntukan RM465 juta.

“Ini merupakan penjimatan besar memandangkan Kerajaan Persekutuan hanya perlu memperuntukkan kira-kira RM235 juta bagi penganjuran temasya sukan itu,” katanya.

Kongsi Hannah ketika menganjurkan temasya itu pada 2017, kerajaan telah memperuntukkan RM550 juta dan jumlah sebenar selepas penajaan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM687 juta. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan