Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelancong dari China ketika bergambar di depan Pintu Utama Istana Negara. Foto fail, Bernama.

Dewan Negara: Malaysia terima kemasukan 11.8 juta pelancong Jan – Jun 2024

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Jumlah 11.8 juta pelancong asing direkodkan memasuki Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jelas beliau, jumlah pendapatan yang dijana menerusi pelancong ialah sebanyak RM40.4 bilion dengan peningkatan sebanyak 50.8 peratus.

“(Ini menunjukkan) usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia mempromosikan destinasi dan pakej-pakej pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa telah membuahkan hasil.

“Berdasarkan Laporan Jabatan Perangkawan Malaysia, pelancongan domestik di Malaysia merekodkan 58.6 juta pelawat pada suku pertama 2024 iaitu naik 19 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“MOTAC akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri dan pengiat industri dalam membangunkan, mempromosikan industri pelancongan yang menarik, berkualiti dan selamat dalam meningkatkan prestasi yang baik ini,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Micheal Mujah Lihan yang ingin tahu sejauh mana kejayaan kempen untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara bagi menghidupkan semula industri pelancongan negara sekali gus memperkasa industri pelancongan domestik.

Sementara King Sing memaklumkan, MOTAC menyasarkan kemasukan seramai 35.6 juta pelancong ke negara dengan jangkaan pendapatan mencecah RM147.1 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tambah King Sing, MOTAC terus mempergiatkan aktiviti pelancongan serta meningkatkan promosi melalui platform digital dan media sosial.

“MOTAC memanfaatkan kemudahan tanpa visa bagi menarik lebih ramai pelancong asing terutamanya dari China dan India di samping membangunkan dan mempromosikan produk pelancongan berimpak tinggi termasuk pelancongan perkahwinan, kesihatan, sukan, dan ekopelancongan,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat serta pihak berkuasa tempatan juga diharapkan dapat membantu dalam menaik taraf dan menyediakan kemudahan di kawasan masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan