Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah terkini pengisian kakitangan awam berstatus tetap melibatkan semua gred ialah seramai 1, 260 429 orang, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto fail Bernama.

Dewan Negara: Jumlah terkini penjawat awam lebih 1.2 juta tidak termasuk polis, tentera

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Jumlah terkini pengisian kakitangan awam berstatus tetap melibatkan semua gred ialah seramai 1, 260 429 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, data itu sehingga 30 Mac 2024 dan tidak melibatkan skim perkhidmatan polis dan tentera.

Dewan Negara: Gaji baharu penjawat awam sesuai dengan kos sara hidup semasa

“Statistik penjawat awam lantikan tetap mengikut kumpulan perkhidmatan lantikan pada 2020 hingga 30 Mac 2024 secara ringkas adalah seperti berikut.

“Bagi kumpulan pengurusan tertinggi melibatkan pegawai gred JUSA C dan ke atas, bilangan terkini seramai 3,967 orang.

“Bagi kumpulan pengurusan dan profesional yang melibatkan gred 41 hingga 56, bilangan terkini ialah seramai 563 634 orang dengan julat pengisian tertinggi pada tahun ini dan pengisian terendah seramai 526, 172 pada 2020,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Prof Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kakitangan awam berstatus tetap terkini mengikut gred antara pada 2020 sehingga 2023 dan tiga bulan pertama tahun 2024.

Sementara itu Zaliha memaklumkan, kumpulan perlaksana pula melibatkan pegawai Gred 40 hingga 50 dan ke bawah ialah seramai 692, 828 orang.

“Julat pengisian tertinggi ialah seramai 702 679 pada 2020 dan pengisian terendah 687645 pada 2022,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan