Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian sedang mengusahakan garis panduan pengurusan lambakan sisa solar panel negara yang dijangka siap tahun hadapan. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap 2025

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang mengusahakan garis panduan pengurusan lambakan sisa solar panel negara yang dijangka siap tahun hadapan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata garis panduan itu berpandukan peraturan sedia ada dan perkembangan teknologi terkini.

“Proses ini telah pun bermula dan kita berhasrat garis panduan ini akan siap menjelang tahun hadapan sebagai rujukan kepada pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Noorita Sual yang ingin tahu polisi terkini bagi pelupusan dan kitar semula lambakan sisa panel solar serta langkah-langkah terkini oleh kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.

Nik Nazmi turut memaklumkan sehingga kini Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melesenkan 17 buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya bagi kod SW 110.

Jelas beliau perincian tapak itu merangkumi empat fasiliti di Selangor, tujuh di Pulau Pinang, dua di Negeri Sembilan, dua di Johor serta masing-masing satu di Perak dan di Sarawak.

Ujarnya salah satu fasiliti berkenaan berupaya membuat pemerolehan kembali sisa panel solar untuk menghasilkan logam yang bernilai tinggi seperti kadmium, tallinium dan sallinium.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata kementeriannya turut menggalakkan dan mempromosi konsep ekonomi kitaran dilakukan melalui pelbagai inisiatif guna semula bagi menangani cabaran global seperti pencemaran alam, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan